it's about me, my family, friends, work and study life and more to bisnes...
Monday, 28 January 2013
Door Gift for Wedding / Engagement~Part 1~
Assalamualaikum semua.. ^_^
Hai, hari ini saya nak cerita serba sedikit tentang Roses Chocolate ni (senang cerita nak promote k..hehe). Haritu, jiran sebelah rumah kami ada majlis kenduri kahwin anak perempuannya. Disebabkan kami ni jiran terdekat mereka, maka keluarga kami tak tahu nak bagi apa. Oleh itu, kakak saya mulalah berfikir. Akhirnya kakak saya bercadang nak buat Roses Chocolate ni untuk Door Gift bagi pihak keluarga terdekat jiran saya sahaja. Dan bila saya balik je rumah (time tu baru balik dari Uitm, rupa rupanya baru tahu esok jiran saya ada kenduri) kakak saya suruh rasa coklat yang dia buat tu. Pada masa yang sama, anak sedara saya asyik minta coklat je (padahal saya tak tahu apa-apa tentang coklat). Anak sedara saya ni kalau sedap dan kena dengan tekaknya, memang dia balun habis. Maka saya pun rasalah coklat tu. Memang sedap. Macam coklat Cadbury gitu. hehe. Ini gambarnya (Coklat yang terakhir yang kakak simpankan untuk saya..tsk tsk terharu T_T)
Nampak macam sedapkan?hehe.. dalam coklat tu kami ada letak rices dan almond. Jadi bila makan coklat tu ada rasa crispy sikit macam coklat cadbury. Ok lah. Setakat ini je lah ye. Ada masa saya 'update' lagi k. Nak tonton cerita Setia Hujung Nyawa ni. hehe. Bubbye. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment